Annur Al-Wqaf
Annur Al-Wqaf adalah satu skim yang menggalakkan orang ramai menyumbangkan sedekah jariah (wakaf) untuk selama-lamanya kerana Allah S.W.T pada nilai minimum RM150.00 dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan umat Islam. Sesiapa sahaja yang beragama Islam boleh menyertai skim ini. Skim Dana Wakaf ini, memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta. Sumbangan dana wakaf yang terkumpul akan disatukan dan dijadikan modal untuk membeli harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya.